Hari ini saya akan meneruskan penulisan saya tentang budaya orang Cina yang berkaitan dengan bahasa. Kali ini, saya akan menyentuh tentang bahasa badan yang dilarang dalam budaya Cina. Pernahkah anda melihat apabila seseorang itu duduk di atas kerusi, dia menggoyang-goyangkan kakinya? Perbuatan itu merupakan satu larangan bagi orang Cina.
Bagi orang Cina, menggoyang-goyangkan kaki semasa duduk akan menyebabkan hartanya 'terjatuh'. Maksudnya segala hartanya akan hilang apabila seseorang itu menggoyang-goyangkan kakinya. Dalam kes yang lain, apabila sedang makan, orang Cina juga dilarang menggoyang-goyangkan kaki kerana hal ini akan menyebabkan makanan di atas meja menjadi tidak berkhasiat.
Bagi orang Cina yang tidak tahu budaya ini, mereka melakukan perbuatan ini kerana dapat memberikan relaks kepada otot kaki setelah duduk untuk masa yang lama. Malah, perbuatan ini juga dianggap sebagai perbuatan yang mesra apabila bercakap dengan sesama rakan. Maksudnya, perbuatan ini menunjukkan bahawa mereka selesa duduk bersama dengan rakan-rakannya.
Menggoyang-goyangkan Kaki Itu Tidak Dibenarkan
~Darah hanyir mengalir dari mulutku~
Tiada ulasan:
Catat Ulasan