Hari ini saya juga akan menyentuh tentang budaya orang Cina yang berkaitan dengan bahasa. Dua hari yang lepas saya telah menyatakan bahawa perkataan 'mati' tidak boleh disebut oleh orang Cina. Pada hari ini, saya ingin memberitahu anda semua bahawa perkataan 'bodoh' tidak boleh disebut oleh orang dewasa dan ditujukan kepada orang yang lebih kecil daripadanya.
Sekiranya orang dewasa mengatakan perkataan 'bodoh' kepada orang yang lebih kecil daripadanya, hal ini akan menjadikan sumpahan kepada orang itu, malah 'kebodohan' itu akan tertonjol dalam dirinya. Jadi, untuk orang Cina, ibu bapa tidak dibenarkan mengatakan perkataan 'bodoh' kepada anak-anaknya walaupun anak-anaknya itu sangat nakal.
~Darah hanyir mengalir dari mulutku~
Tiada ulasan:
Catat Ulasan