Semalam, semasa kelas Sosiolinguistik Bahasa Melayu, para pelajar diminta untuk membuat perbandingan antara dialek sendiri dengan bahasa Melayu baku. Saya amat tertarik kerana terdapat dua orang pelajar yang menggunakan perkataan di atas, iaitu 'cun' dan 'da bao'.
Saya ingin memberitahu anda semua bahawa asal-usul 'cun' adalah daripada dialek Hokkien dan dialek Foochow yang bermakna cantik. Perkataan ini telah digunakan dengan begitu meluas sehingga ada dalam kalangan penutur natif sesuatu dialek menyerap perkataan ini ke dalam dialek mereka. 'Da bao' pula berasal daripada bahasa Mandarin yang bererti membungkus.
~Darah hanyir mengalir dari mulutku~
Tiada ulasan:
Catat Ulasan