Saya amat terkejut apabila saya terjumpa dengan papan tanda di atas. Sekiranya kesalahan ini berterusan di Malaysia, hal ini akan menjejaskan perkembangan bahasa di negara kita. Jadi, saya ingin membetulkan frasa 'jualan larang masuk' seperti yang tertera di atas.
Frasa yang lebih betul ialah 'Penjual dilarang masuk'. 'Jualan' sebenarnya membawa maksud barang yang didagangkan. 'Larang' pula membawa maksud perbuatan menahan daripada melakukan sesuatu. 'Masuk' yang membawa maksud pergi ke dalam adalah betul penggunaannya.
Oleh itu, 'Jualan Larang Masuk' jika tidak dibetulkan akan membawa makna "Barang yang didagangkan menahan sesuatu daripada masuk ke tempat itu".
~Darah hanyir mengalir dari mulutku~
Tiada ulasan:
Catat Ulasan