Hari ini saya akan meneruskan penulisan saya yang berkaitan dengan bahasa Cina. Bahasa Cina dan bahasa Melayu mempunyai hubungan yang rapat antara satu sama lain apabila kita mengkaji dengan lebih teliti dalam bahasa Melayu Baba.
Nama bahasa Melayu Baba atau bahasa Baba Melaka dengan sendirinya menggambarkan komponen utama kacukan itu antara bahasa Melayu dan bahasa Cina. Bahasa Melayu Baba dari segi evolusinya berkembang daripada bahasa pasar atau bahasa pijin yang merupakan campuran awal bahasa Melayu dengan bahasa Cina.
Apabila orang Cina mula datang bermastautin di Melaka pada abad ke-15, tentu sahaja tindakan awal mereka ialah berhubung dengan penduduk tempatan, iaitu orang Melayu. Oleh itu timbullah sistem komunikasi yang sederhana yang dibentuk dengan menggunakan kata Melayu yang dimasukkan ke dalam acuan struktur Cina.
Di samping itu, kata-kata Cina juga diserapkan. Dengan beredarnya masa, bentuk ini menjadi mantap dan muncullah bahasa Kreol. Proses timbulnya bahasa Melayu Baba sama juga dengan proses timbulnya bahasa Jakarta dan bahasa Menado.
~Darah hanyir mengalir dari mulutku~
Tiada ulasan:
Catat Ulasan