Semalam saya pergi ke Johor. Dalam perjalanan saya bercakap dengan pemandu kereta, iaitu Pak Tam. Kami bercakap tentang drive thru atau dalam bahasa Melayunya pandu lalu. Menurut Pak Tam, pandu lalu ini hanya memandu kereta dan kemudian lalu di situ sahaja, kita tidak membeli makanan di KFC. Katanya perkataan pandu lalu ini adalah kurang sesuai dan seharusnya digantikan dengan drive buy, iaitu pandu beli. Pandu beli ini membawa makna kita memandu ke situ dan kemudian membeli makanan di KFC. Idea ini agak bagus juga, jadi, saya berasa sesuailah saya berkongsi di sini.
~Darah hanyir mengalir dari mulutku~
Tiada ulasan:
Catat Ulasan