Jumlah Paparan Halaman

Mengenai Saya

Sabtu, 17 Mac 2012

(Tambahan) Dakwah atau dakwa?


     Pada pukul empat pagi ini, saya dan beberapa kawan saya akan pergi ke Johor untuk membuat program. Perjalanan tersebut kira-kiranya akan mengambil masa lima jam setengah, jadi, kami perlu bertolak awal. Hari ini hari Sabtu juga, iaitu tak payah mengemaskinikan blog saya ini. Namun demikian, penulisan blog ini menjadi satu ketagihan kepada saya sehingga saya tidak dapat berhenti. Tema hari ini adalah melihat kesalahan papan tanda yang berada di sekeliling kita. (Penulisan maklumat tentang budaya orang Cina dari segi bahasa akan diteruskan pada hari Isnin nanti).

     "Dilarang masuk. Penceroboh akan didakwah." Dakwah membawa maksud penyiaran dan propaganda mengenai agama, iaitu berkaitan dengan penyebaran agama. Dakwa pula membawa maksud aduan, tuntutan, dan tuduhan. Jadi, pembetulan boleh dilakukan di sini, iaitu menggantikan perkataan dakwah tersebut dengan perkataan dakwa.

~Darah hanyir mengalir dari mulutku~

Tiada ulasan:

Catat Ulasan