Hari ini saya meneruskan penulisan saya tentang budaya orang Cina yang berkaitan dengan bahasa. Hari pertama tahun baru Cina merupakan hari yang terpenting bagi orang Cina. Pada hari ini semua orang akan ziarah-menziarahi ke rumah saudara-mara dan juga sahabat-sahabat karib. Pada hari pertama ini, banyak perkara yang tidak boleh dilakukan seperti tidak boleh menyapu lantai (kerana harta akan disapu keluar), tidak boleh bercakap bohong (kerana orang itu akan bohong selama-lamanya), tidak boleh pakai baju hitam (kerana warna hitam membawa malang), dan sebagainya.
Pada hari pertama ini juga, apabila terdapat orang yang memecahkan sesuatu benda secara tidak sengaja seperti pasu bunga, kerusi, gelas, dan sebagainya, mereka perlu menyebut satu kalimat, iaitu "jatuh ke tanah menjadi bunga". Sekiranya kalimat ini tidak disebutkan, nasib malang akan melanda mereka. Benda yang pecah itu membawa makna segala hartanya akan pecah begitu juga.
Untuk generasi yang baharu, mereka tidak lagi percaya kepada budaya ini, malah ada dalam kalangan mereka yang tidak tahu budaya ini kerana tidak diajarkan kepada mereka.
"Luo di kai hua" = "Jatuh ke tanah menjadi bunga"
"Luo di kai hua" = "Jatuh ke tanah menjadi bunga"
~Darah hanyir mengalir dari mulutku~
Tiada ulasan:
Catat Ulasan