Jumlah Paparan Halaman

Mengenai Saya

Khamis, 15 Mac 2012

(9) Menangis Untuk Wang?


     Ramai pelajar BML 3073 Sosiolinguistik Melayu di bawah Dr. Siti Saniah bertanya soalan yang sama kepada saya, iaitu mengapakah apabila terdapat orang yang meninggal dunia, orang Cina akan mengupah pekerja untuk menangis bersama-sama? Saya tidak dapat memberikan jawapan kepada satu per satu kepada mereka yang bertanya, jadi, saya mengambil kesempatan untuk berkongsi perihal ini di sini. 

    Mengupah? Ya! Anda tidak salah dengar. Hal ini merupakan tradisi orang Cina yang diwarisi sejak turun-temurun. Apabila terdapat orang yang meninggal dunia, tidak kiralah sesiapa, mereka akan mengupah kumpulan "Menangis" untuk "menyedihkan" keadaan di situ. Bagi orang Cina, adalah tidak hormat sekiranya di sesuatu upacara pengebumian itu tiada suara-suara menangis. 

    Menangis ini bukan sewenang-wenangnya, tetapi menangis dengan sepenuh hati. Kumpulan "Menangis" ini seolah-olah merupakan kumpulan yang dilatih khas untuk menangis. Bagi orang Cina, menangis merupakan bahasa yang paling indah untuk mengungkapkan kata-kata di dalam hati ataupun sebagai luahan perasaan yang terpendam di dalam hati. 

    Apabila terdapat seseorang yang meninggal dunia, orang Cina tidak dibenarkan untuk bercakap kerana hal ini dianggap sebagai umpatan kepada si mati tersebut. Sekiranya menimbulkan kemarahan roh si mati, ia mungkin akan balik membalas dendam terhadap orang yang dianggap mengutuknya selama beberapa generasi. 

Menangis merupakan bahasa yang paling indah apabila terdapat orang yang meninggal dunia.

~Darah hanyir mengalir dari mulutku~

Tiada ulasan:

Catat Ulasan