Semalam, saya membeli pisang goreng di pekan Tanjung Malim bersama dengan jiran saya. Dia mengambil kursus Pendidikan Perniagaan di Universiti Pendidikan Sultan Idris (UPSI). Dia bertanya kepada saya perbezaan di antara pisang goreng dan goreng pisang.
Sebenarnya hal ini berkaitan dengan Hukum D-M. Hukum D-M ialah peraturan menyusun kata nama yang mendahulukan unsur yang diterangkan (D) dan mengemudiankan kata yang menerangkan (M). Jadi, boleh dikatakan pisang goreng dan goreng pisang adalah betul dari segi hukumnya, tetapi penggunaannya berbeza. Contohnya:
1. Saya membeli pisang goreng di pekan Tanjung Malim. (pisang goreng merupakan kata majmuk yang membawa maksud sejenis makanan)
2. Saya goreng pisang di belakang rumah. (goreng pisang merupakan kata kerja yang membawa maksud perbuatan melakukan sesuatu terhadap pisang dan biasanya goreng akan ditambah dengan imbuhan meng-)
~Darah hanyir mengalir dari mulutku~

Tiada ulasan:
Catat Ulasan