Dua hari yang lepas, saya pergi ke sebuah kedai runcit untuk membeli roti. Saya mengambil sebungkus roti Gardenia lalu pergi ke kaunter untuk membayarnya.
Tauke: Adik, roti ni dua ringgit enam puluh sen.
Saya: (Saya mengeluarkan duit dari dompet saya) (saya tidak menjawab apa-apa sebab dia bercakap dengan saya dalam bahasa Melayu)
Tauke: Ini bakinya.
Saya: 可以给我一个纸袋吗?(Bolehkah tauke memberi saya satu plastik beg?) (Saya bercakap bahasa Cina dengan tauke itu)
Tauke: Eh, engkau Cina ke? Saya ingat kamu orang Melayu.
Saya: ......
Perkara ini memang banyak berlaku dalam masyarakat kita. Kita bercakap dengan seseorang dalam sesuatu bahasa, tetapi seseorang itu bukan penutur dalam bahasa tersebut. Hal ini boleh menimbulkan kemarahan kepada pendengar tersebut. Daripada kes di atas, saya merupakan pendengarnya tetapi saya tidak mempunyai perasaan yang marah pun. Hal ini demikian kerana saya setia terhadap bahasa ibunda dan juga bahasa kebangsaan saya.
Walaupun bercakap dalam bahasa yang berbeza, tidak apa! Kita tetap Satu Malaysia.
~Darah hanyir mengalir dari mulutku~
~Darah hanyir mengalir dari mulutku~



Tiada ulasan:
Catat Ulasan