Jumlah Paparan Halaman

Mengenai Saya

Rabu, 7 Mac 2012

(3) Gagal Untuk Merancang Adalah Merancang Untuk Gagal


     Gambar di atas menunjukkan guru menggunakan bahasa Inggeris untuk mengajar sains di sekolah. Namun demikian, guru tersebut tidak dapat mengajar dengan baik kerana tidak menguasai istilah-istilah sains yang penting. 

Mengapakah hal ini berlaku? 

  1. Kerajaan tidak memberikan masa yang mencukupi kepada guru di sekolah untuk menyesuaikan diri dengan penggunaan bahasa Inggeris? atau
  2. Guru tersebut memang tidak boleh bertutur dalam bahasa Inggeris? atau
  3. Tiada istilah yang mencukupi untuk bidang sains? atau
  4. Pihak kementerian tidak menyediakan latihan kepada guru? atau
  5. Sekarang bukan masa yang sesuai untuk PPSMI?
Tepuk dada tanya selera

     Untuk mempelajari sesuatu ilmu itu, kita tidak semestinya perlu menguasai bahasa asal sesuatu ilmu itu terlebih dahulu sebelum kita mempelajarinya. Sebagai contoh, sekiranya bahasa asal ilmu sains ialah bahasa Yahudi, adakah pelajar perlu menggunakan beberapa tahun untuk menguasai bahasa Yahudi terlebih dahulu sebelum menguasai ilmu sains itu? 

     Kerajaan perlulah membuat pertimbangan yang sewajarnya sebelum menjalankan sesuatu dasar kerana dasar ini bakal menyumbangkan kesan negatif kepada rakyat Malaysia, terutamanya pelajar sekolah sekiranya pelaksanaannya tidak dirancang dengan baik. Sekarang dasar PPSMI pula akan dimansuhkan sepenuhnya mulai tahun 2014. Adakah pelajar-pelajar sekolah menjadi mangsa kepada isu-isu politik yang melanda negara?  Adakah kebajikan pelajar-pelajar sekolah tidak lagi diambil berat? Adakah masa hadapan pelajar-pelajar sekolah tidak lagi diutamakan?

Menarik rambut dalam tepung, rambut tidak putus, tepung tidak berselerak

~Darah hanyir mengalir dari mulutku~

Tiada ulasan:

Catat Ulasan