Ramai yang mempunyai persoalan tentang istilah "solat" atau istilah "sembahyang". Pada hari ini, sebagai seorang cikgu bahasa Melayu, saya berasa terdorong untuk memberitahu anda semua tentang perkara ini. Ramai yang menganggap istilah solat sama dengan istilah sembahyang sehingga pada hari ini ramai umat Islam yang suka menggunakan istilah sembahyang untuk merujuk kepada "perbuatan menyembah Allah".
Sebenarnya, istilah "sembahyang" mengandungi unsur syirik kerana istilah ini berasal daripada perkataan "sembah" dan "hyang" yang merujuk kepada perbuatan menyembah dewa-dewi "hyang" oleh penganut agama Hindu. Dalam erti kata yang lain, jika menggunakan istilah "sembahyang", yang disembah itu bukan lagi Allah tetapi dewa yang bernama "hyang".
Tidak boleh dinafikan bahawa istilah solat sebenarnya lebih sesuai digunakan untuk merujuk kepada perbuatan menyembah Allah. Jadi, diharapkan semua pembaca yang "terbaca" atau yang "membaca" petikan ini, diharapkan anda dapat mengubah penggunaan istilah, yakni solat kerana solat lebih menepati maknanya.
Sembahyang Subuh ditukarkan kepada Solat Subuh
Sembahyang Zohor ditukarkan kepada Solat Zohor
Sembahyang Asar ditukarkan kepada Solat Asar
Sembahyang Maghrib ditukarkan kepada Solat Maghrib
Sembahyang Isyak ditukarkan kepada Solat Isyak
~Darah hanyir mengalir dari mulutku~
Tiada ulasan:
Catat Ulasan