Pagi tadi saya bercakap dengan seorang pelajar dari China yang belajar di Universiti Pendidikan Sultan Idris (UPSI). Kami bercakap tentang kawasan pelancongan yang terdapat di sekitar Tanjung Malim. Tiba-tiba, dia bertanya saya tentang apakah perkataan dalam bahasa Melayu yang dapat digunakan untuk merujuk kepada aktiviti bersiar-siar.
Walaupun dia pelajar dari China, tetapi dia juga belajar bahasa Melayu di UPSI, itulah sebabnya dia bertanya saya tentang bahasa Melayu. Jadi, saya pun memberitahunya perkataan tersebut, "makan angin". Apabila dia mendengar perkataan "makan angin", dia terus tertawa sampai tak boleh berhenti. Rupa-rupanya, dia ingat saya suruh dia "memakan angin yang terdapat di sekeliling".
Sebenarnya, ini merupakan konsep "makan angin" yang terdapat dalam otak saya adalah:
Namun demikian, konsep "mankan angin" untuk pelajar China itu adalah:
Apakah boleh saya katakan lagi? Tindakan yang saya ambil adalah membetulkan konsepnya yang salah itu.
Lucu! Memang lucu!
Lucu! Memang lucu!
~Darah hanyir mengalir dari mulutku~
Tiada ulasan:
Catat Ulasan