Pernahkah anda ternampak notis di atas di mana-mana tempat? Sekiranya anda merupakan seorang pelajar Universiti Pendidikan Sultan Idris (UPSI) dan merupakan seorang pelajar yang aktif pergi ke perpustakaan, sememangnya kamu sudah biasa melihat notis di atas. Notis di atas menunjukkan:
"Sila letak kad id computer dam ambik kad matrik anda di kaunter pengawal berhadapan pintu masuk perpustakaan, sekian."
Antara kesalahan yang jelas dan pembetulannya:
1. id computer, sepatutnya dijadikan tulisan jenis italic
2. ambik, sepatutnya ambil
3. berhadapan, di hadapan
4. ,sekian, sepatutnya .Sekian (bukan tanda koma, tetapi tanda noktah)
Sebenarnya, kesalahan di atas bukanlah disebabkan oleh bahasa yang digunakan itu bahasa yang kita tidak kenali. Bahasa ini ialah bahasa Melayu yang menjadi bahasa kebangsaan dan bahasa rasmi negara kita. Kesalahan di atas sepatutnya tidak boleh wujud di mana-mana institusi, terutamanya institusi pendidikan. Kesalahan di atas akan menyebabkan orang luar berpandangan serong terhadap universiti kita kerana perkara yang sekecil ini boleh disalahgunakan.
Jangalah sampai runtuhnya institusi kita
Engkau baru sedar
Bangkitlah sekarang
Menggunakan bahasa Melayu baku
Memartabatkan bahasa kebangsaan
~Darah hanyir mengalir dari mulutku~
Tiada ulasan:
Catat Ulasan