Dalam facebook, ada satu kumpulan yang dikenali sebagai Kembara Bahasa. Kumpulan ini bertujuan untuk membincangkan apa-apa sahaja tentang bahasa Melayu. Gambar di atas pula merupakan tema untuk kumpulan ini, iaitu Bahasa Sendi Tamadun Bangsa.
Pada suatu hari, saya tertengok gambar ini dan hal ini menimbulkan kekeliruan kepada saya. Oleh itu, saya mengambil keputusan untuk bertanya kepada mereka yang terdapat dalam kumpulan ini:
Chin Boon Tek:Apakah itu bahasa sendi? Saya tidak pernah jumpa perkataan ini.
Nizam Abdul Jalil: Bukan bahasa sendi, tetapi ada jeda selepas perkataan bahasa.
Selepas mengetahui hal ini, saya berasa amat malu kerana perkara yang sekecil ini boleh disalahfahamkan. Selepas peristiwa ini, saya mengambil keputusan untuk mempelajari bahasa Melayu dengan sungguh berusaha suapaya saya dapat menguasai segala ilmu tentangnya.
~Darah hanyir mengalir dari mulutku~



Tiada ulasan:
Catat Ulasan