Jumlah Paparan Halaman

10305

Mengenai Saya

Khamis, 29 Mac 2012

(19) Sebutkan tarikh dengan betul


   Semalam saya pergi ke perpustakaan, saya terdengar perbualan antara pelajar Korea dengan pustakawan. Satu perkara yang menarik ialah pelajar Korea tersebut dapat bercakap dengan lancar dalam bahasa Melayu. Namun demikian, dia gagal menyebutkan tarikh dengan cara yang betul. Jadi, hari ini saya mengambil kesempatan ini untuk berkongsi cara menyebutkan tarikh dengan betul. 

Hari Bulan
Sebutkan
01/01/1999
Satu hari bulan satu, seribu sembilan ratus sembilan puluh sembilan atau sembilan belas sembilan puluh sembilan
02/02/2007
Dua hari bulan dua, dua ribu tujuh
12/03/1999
Dua belas hari bulan tiga, seribu sembilan ratus sembilan puluh sembilan atau sembilan belas sembilan puluh sembilan
15/04/2005
Lima belas hari bulan empat, dua ribu lima
20/05/1988
Dua puluh hari bulan lima, seribu sembilan ratus lapan puluh lapan atau sembilan belas lapan puluh lapan
25/06/1950
Dua puluh lima hari bulan enam, seribu sembilan ratus lima puluh atau sembilan belas lima puluh
12/12/1980
Dua belas hari bulan dua belas, seribu sembilan ratus lapan puluh atau sembilan belas lapan puluh


~Darah hanyir mengalir dari mulutku~

Tiada ulasan:

Catat Ulasan