Jumlah Paparan Halaman

10281

Mengenai Saya

Jumaat, 30 Mac 2012

(20) Kelab Di Raja Selangor?


  Pernahkah anda terpandang papan tanda ini di kawasan Dataran Merdeka Kuala Lumpur? Sebenarnya papan tanda ini didirikan berhampiran dengan Dataran Merdeka. Salah satu fungsi papan tanda ini adalah untuk menunjukkan arah untuk pergi ke "Kelab Di Raja Selangor". 

  Apa? "Di Raja"? Saya cukup hairan apabila terpandang papan tanda ini dan hal ini cukup memalukan saya sebagai seorang warga Malaysia. Kata "Di Raja" sepatutnya dieja sebagai "Diraja" kerana "Di" bukan berfungsi sebagai awalan ataupun kata sendi nama, malah "Di" merupakan sebahagian daripada kata dasar. 

  Kata "diraja" pada asalnya merupakan kependekan daripada kata "adiraja". Dalam bidang linguistik, proses pembentukan kata ini dikenali sebagai "aferesis". Aferesis ialah pengguguran atau penghilangan satu huruf di awal kata seperti di 'hujung' menjadi 'ujung' dan 'hulu' menjadi 'ulu'. 

  Jadi, ejaan frasa yang betul ialah "Kelab Diraja Selangor".

~Darah hanyir mengalir dari mulutku~

Tiada ulasan:

Catat Ulasan