Definisi
|
Contoh
|
|
Bidalan
|
Bidalan lebih memberatkan teladan dan
pengajaran. Bentuknya tidak seindah pepatah, ada kalanya pendek, ada kalanya
panjang.
|
Cubit paha kiri, paha kanan pun terasa
sakit
|
Pepatah-petitih
|
Setiap pepatah mempunyai dua kerat atau dua
patah. Dari segi maknanya, satu pepatah itu merupakan kiasan dengan tujuan
memberi pengajaran.
|
Ada batang mati, adalah cendawan tumbuh
|
Kata-kata pujangga
|
Kata-kata yang dikeluarkan oleh ahli fikir
dan ahli bahasa.
|
Gagal untuk merancang adalah merancang
untuk gagal
|
Hadis Melayu
|
Hadis ialah laporan perkara yang berkisar
tentang Sunah Rasul s.a.w. dan apa yang disandar kepada Rasul s.a.w. dari
segi perkataan, perbuatan, pengakuan, sifat akhlak (peribadi) dan sifat
kejadiannya. Hadis atau Sunah Rasul s.a.w. ialah sumber rujukan kedua selepas
al-Quran.
|
“Dan
taatilah Allah dan Rasul-Nya, jika kamu adalah orang-orang yang beriman” (surah
al Anfāl : ayat 1)
|
Perbilangan
|
Perbilangan seakan-akan bidalan dan
pepatah. Cuma perbilangan terdapat sekurang-kurangnya dua baris dan apabila
dibaca kedengaran seperti orang membilang, dan isinya sudah menjadi
undang-undang hidup.
|
Hidup dikandung adat
Mati dikandung tanah
|
Gurindam
|
Gurindam ialah sejenis puisi yang
berkerat-kerat, setiap satu kerat ada pasangannya. Mudahnya, gurindam terdiri
daripada sejumlah rangkap dan setiap rangkap terdiri daripada dua kerat.
Kerat pertama dengan kerat kedua mestilah betul-betul berima. Tujuannya
adalah untuk mengajar dari segi agama dan akhlak.
|
Barang siapa tiada memegang agama
Sekali-kali tiada boleh dibilangkan nama
|
Seloka
|
Seloka merujuk kepada puisi Melayu bebas
yang tidak mempunyai bentuk tertentu dari segi rangkap dan jumlah baris, sama
ada mempunyai irama atau tidak. Secara amnya, seloka terdiri daripada
ungkapan sejajar yang melebihi daripada dua baris.
|
Ayuhai
malang Pak Kaduk,
Ayamnya menang kampung tergadai, Ada nasi dicurahkan, Awang pulang kebuluran, Ada isteri dibunuh, Nyaris mati oleh tak makan, Mudik menongkah surut, Hilir menongkah pasang, Masa belayar kematian angin, Sauh dilabuh bayu berpuput, Ada rumah bertandang duduk, Rumah runtuh awak menumpang. |
Tamsil
|
Tamsil ialah kiasan asal yang diperluas
dengan lebih panjang lebar lagi. Tamsil mengandungi beberapa isi pengajaran,
nasihat, teladan dan pemikiran yang bernas.
|
Kepala binatang itu tamsilnya seperti kuda
|
Peribahasa
|
Peribahasa ialah satu istilah yang
merangkumi pepatah, bidalan, perbilangan dan perumpamaan.
|
Ada air, ada ikan
|
Simpulan bahasa
|
Simpulan bahasa adalah bentuk peribahasa
yang paling mudah. Biasanya simpulan bahasa terdiri daripada dua patah kata yang
membawa maksud yang tepat dan padat.
|
Ada angin
|
Ibarat
|
Kata ibarat
berasal daripada bahasa Arab yang bermakna perbandingan yang menjadi teladan.
|
Ibarat lilin yang membakar diri sendiri
|
Perumpamaan
|
Kata perumpamaan
mendapat namanya daripada kata dasarnya umpama yang bermakna seperti. Tujuannya adalah untuk membuat
perbandingan.
|
Umpama rusa masuk kampung
|
Bibliografi
Asmah Haji Omar (2008). Ensiklopedia bahasa Melayu. Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan