Jumlah Paparan Halaman

Mengenai Saya

Selasa, 3 April 2012

(22) Bahasa Humor

Apabila saya ada masalah, saya akan menyanyi sehinggalah saya sedar bahawa suara saya lebih teruk daripada masalah itu.
   
   Humor ialah keadaan atau peristiwa yang membangkitkan rasa geli hati dalam kalangan orang yang mendengar atau melihatnya. Humor juga boleh ditimbulkan oleh bahasa yang dituturkan atau oleh gerak-geri. Apabila kita bercakap tentang bahasa humor, yang relevan bagi kita ialah humor yang diwujudkan oleh kata-kata.

    Humor dalam bahasa mempunyai asas pada makna kata-kata yang digunakan dan bagaimana kata-kata berkenaan dikaitkan dengan situasi dan peristiwa yang melatari penuturan kata-kata itu. Bahasa kiasan memainkan peranan yang besar dalam humor, di samping adanya penggunaan sinonim dan antonim. Oleh sebab humor dalam bahasa biasanya dituturkan, maka kita akan dapati bahawa intonasi juga mempunyai peranan yang penting dalam mewujudkan humor bahasa.

   Apa sahaja ragam bahasa boleh menggunakan humor, bukan semata-mata perbualan. Ragam bahasa naratif boleh diselitkan dengan humor supaya tidak membosankan. Humor juga boleh digunakan dalam puisi. Terdapat pantun dan seloka yang bertujuan membangkitkan rasa geli hati. Teka-teki dalam bahasa Melayu, yang digunakan dalam permainan bahasa orang zaman dahulu, dicipta dengan cara yang menimbulkan humor. 

~Darah hanyir mengalir dari mulutku~

Tiada ulasan:

Catat Ulasan