Jumlah Paparan Halaman

Mengenai Saya

Rabu, 4 April 2012

(23) P. Ramlee


   Nenek saya suka menonton cerita P. Ramlee. Saya tidak dapat memahaminya sehingga semalam saya tertonton cerita P. Ramlee, iaitu Pendekar Bujang melalui youtube. Pada entri ke-22, saya menulis tentang bahasa humor, tetapi saya tidak menggunakan contoh P. Ramlee untuk menerangkannya. Pada hari ini, saya ingin mengatakan bahawa P. Ramleelah orang yang pandai menggunakan bahasa humor dan juga penggunaan aspek-aspek bahasa yang lain. 

   Selain bahasa humor, identitinya juga terserlah dalam penggunaan bahasa Melayu telor Arab. Sesetengah filem komedinya menggunakan telor Arab disebabkan watak-wataknya merupakan orang Arab atau berasal dari Arab. P. Ramlee juga menggunakan telor Inggeris dan Cina, tetapi tidak sebanyak telor Arab. Yang menarik ialah hampir tidak ada watak yang membawa telor India.

   Dalam filem-filem yang dihasilkan di Malaysia, keutamaan diberikan kepada kelainan e-pepet sebagai kelainan standard, tetapi terdapat juga pertimbangan menggunakan kelainan -a bagi watak-watak Melayu. P. Ramlee sendiri mencampuradukkan kedua-dua kelainan ini. Dalam Masam-Masam Manis misalnya, P. Ramlee sebagai watak Cikgu Shaari yang menggunakan kelainan e-pepet dan ini sesuai dengan kerjanya sebagai guru di sekolah kebangsaan di Ulu Kelang. Namun demikian, ketika dia marah atau sedih, dia menggunakan kelainan -a.

~Darah hanyir mengalir dari mulutku~

Tiada ulasan:

Catat Ulasan