Jumlah Paparan Halaman

Mengenai Saya

Khamis, 5 April 2012

(24) Bahasa Protokol


  Semalam, saya telah menyertai satu Forum Bahasa Melayu yang bertajuk "Keberkesanan Pendekatan Memartabatkan Bahasa Melayu dan Memperkukuh Bahasa Inggeris (MBMMBI) dalam Konteks Pendidikan di Sekolah" anjuran Exco Akademik dan Kerjaya, Jawatankuasa Mahasiswa Kediaman Luar Kampus (JMKLK) 2011/2012.

  Forum ini merupakan majlis formal dan penuh dengan protokalnya. Pada entri kali ini, saya ingin berkongsi tentang bahasa protokol. Protokol bermakna peraturan sosial yang menentukan taraf sosial seseorang yang terlibat dalam sesuatu majlis atau perjumpaan, supaya dia diletakkan di tempat yang sesuai dengan tarafnya. Ini bermakna bahawa dalam sesuatu majlis, seperti di balairung istana, di dewan persidangan, dalam majlis konvokesyen, dan seumpamanya, susunan para hadirin telah ditetapkan.

  Bahasa protokal sebenarnya menggambarkan sapaan formal kepada yang hadir oleh orang yang bercakap di rostrum atau di pentas. Sapaan formal dilakukan berdasarkan tatatingkat sosial para hadirin. Jika dalam sesuatu majlis ada kehadiran Sultan, Sultanah, Raja Muda, Raja Puan Muda, kerabat diraja, dan orang-orang yang bergelar Tun, Toh Puan, Tan Sri, Puan Sri, Datuk/Dato' dan Datin, maka susunan sapaan hendaklah seperti yang tersebut di atas. 

  Sekiranya dalam kalangan hadirin terdapat Ketua Hakim Negara, maka Ketua Hakim Negara hendaklah diletakkan selepas Menteri. Gelaran sapaan bagi setiap pangkat hendaklah disertakan. Bagi orang yang tidak mempunyai gelaran di atas, kedudukan mereka dalam bahasa protokol adalah selepas orang yang bergelar. 

  Seseorang menteri atau wakil rakyat mempunyai kedudukan dalam bahasa protokol yang lebih tinggi daripada Tan Sri yang bukan menteri atau wakil rakyat, walaupun menteri berkenaan bukan Tan Sri atau bukan Datuk.

   Orang yang mempunyai gelaran profesional seperti Profesor atau Doktor, letaknya di bawah Datuk, jika tidak mempunyai gelaran Datuk. Orang-orang lain yang tidak mempunyai gelaran hanya disapa dengan Tuan-Tuan dan Puan-Puan. 

~Darah hanyir mengalir dari mulutku~

Tiada ulasan:

Catat Ulasan