Jumlah Paparan Halaman

Mengenai Saya

Jumaat, 6 April 2012

(25) Bahasa Intelektual



    Hari ini hari Jumaat dan hari ini menandakan saya akan berada di kampung saya sendiri. Hari ini saya ingin berkongsi tentang "intelektual" sebab kita perlu mempunyai "intelekutual" ini untuk memanfaatkan cuti kita selama seminggu. 

  Melihat ciri-ciri teksnya, bahasa intelektual tidak seratus peratus sama dengan bahasa akademik. Persamaan mungkin terdapat pada taraf keseriusan wacana yang ada pada kedua-dua kategori berkenaan. Perbezaan terdapat pada penggunaan bahasa, ciri-ciri pragmatik, serta juga jaringan pembaca atau pendengar.

   Wacana dalam bahasa intelektual boleh memperkatakan apa sahaja, baik yang bersifat akademik atau saintifik atau kemasyarakatan. Istilah dalam bahasa intelektual tidak terikat dengan mana-mana bidang ilmu, bahkan kebanyakan konsepnya dibawa oleh perbendaharaan kata am. Dari segi khalayak pembaca dan pendengar, bahasa intelektual mempunyai jaringan pembaca atau pendengar yang lebih luas. Berkaitan dengan ini, ciri-ciri pragmatik dalam bahasa intelektual agak berbeza dengan yang terdapat dalam bahasa akademik atau saintifik. Karya-karya ahli falsafah yang terkenal adalah contoh bahasa intelektual. 

~Darah hanyir mengalir dari mulutku~

Tiada ulasan:

Catat Ulasan