Cuti semester selama seminggu sudah habis. Para pelajar perlu bangun daripada dunia mimpi untuk terus berjuang dalam dunia kenyataan. Pada cuti selama seminggu ini, saya berpeluang untuk berjumpa dengan golongan yang menggunakan bahasa isyarat, iaitu golongan yang pekak bisu. Hal ini telah mendalami minat saya untuk terus mempelajari bahasa isyarat.
Jika bahasa Inggeris Amerika mempunyai American Sign Language (ASL), iaitu bahasa isyarat Amerika, Malaysia juga mempunyai bahasa isyaratnya sendiri yang dikenali sebagai Bahasa Malaysia Kod Tangan (BMKT) atau lebih dikenali sebagai Bahasa Isyarat Malaysia.
Bahasa isyarat ialah bahasa yang digunakan untuk "bercakap" atau berhubung dengan orang pekak bisu. Orang pekak bisu sejak lahirnya tidak dapat mendengar kerana dilahirkan dalam keadaan sedemikian. Oleh sebab itu, mereka tidak pernah mendengar bunyi bahasa atau sebarang bunyi lain. Dengan itu, mereka tidak tahu bagaimana orang bercakap dan bagaimana bahasa dituturkan. Walaupun mereka bisu, alat ujaran dalam mulut dan kerongkong mereka tetap utuh dan sihat. Sebagai manusia, mereka harus diberi bahasa, dan satu-satunya cara adalah dengan menggunakan isyarat melalui gerak tangan, bibir, dan mata. BMKT dapat kita tonton di RTM 1 ketika Berita Perdana disiarkan.
~Darah hanyir mengalir dari mulutku~
Wow learning sign language too?! Hehe
BalasPadamCuma BIM Dan KTBM adalah Norma bahasa isyarat yg berlainan
BalasPadam