Jumlah Paparan Halaman

Mengenai Saya

Selasa, 17 April 2012

(27) Bahasa Malaysia Kod Tangan (BMKT)




  Hari ini saya ingin sambung penulisan tentang bahasa isyarat. Isyarat-isyarat dalam Bahasa Malaysia Kod Tangan (BMKT) ada yang sama dengan isyarat dalam American Sign Language (ASL), dan ada yang diambil daripada perbendaharaan isyarat antarabangsa, antaranya ialah isyarat untuk abjad Rumi dan juga isyarat untuk nombor.

 Dalam bahasa Melayu, kata-kata yang dianggap sinonim seperti bapa, ayah, dan ayahanda diberi kod yang berbeza. Cara yang paling mudah ialah memberi satu kod sahaja untuk ketiga-tiga kata di atas, tetapi langkah ini tidak memberikan gambaran yang sebenar tentang perbendaharaan kata dalam bahasa Melayu kepada orang pekak bisu. Tambahan pula, juga dibezakan antara jantan dan lelaki, betina dan perempuan. Pertimbangan ini merupakan pertimbangan budaya.

 BMKT juga mengambil kira pertimbangan nahu. Bahasa Melayu menggunakan awalan dan akhiran dan juga penggandaan, yang semuanya diberi kod tangan. Misalnya, untuk kata membesarkan, kata besar ada kodnya sendiri, tetapi awalan dan akhiran juga diberi lambang dengan ejaan jari. Bagi kata besar-besar, kod untuk besar diulang. Bagi membesar-besarkan, kod besar diulang, dan awalan serta akhiran juga diberi kod masing-masing. 

~Darah hanyir mengalir dari mulutku~

Tiada ulasan:

Catat Ulasan