Jumlah Paparan Halaman

Mengenai Saya

Rabu, 18 April 2012

(28) Bahasa SMS


 Pada suatu ketika dahulu, saya pernah menerima mesej daripada kawan saya. Saya amat terkejut dengan bahasa-bahasa yang digunakannya kerana saya langsung tak boleh memahaminya. Rupa-rupanya itu dikenali sebagai "bahasa SMS".

 SMS ialah singkatan bagi Sistem Mesej Singkat yang disalurkan melalui telefon bimbit. Disebabkan adanya kendala alat yang kecil ini, maka mesej yang disampaikan mestilah sesingkat mungkin. Oleh sebab itu, pengirim atau penulis mesej menggunakan segala ikhtiarnya untuk mencari cara yang paling singkat untuk menulis suatu kata. Dengan itu SMS bukan sahaja ditandai oleh laras bahasa yang ringkas, tetapi juga menggunakan singkatan. 

 Singkatan standard yang sudah lama digunakan dalam catatan dan tulisan ringkas merupakan pilihan utama dalam SMS, seperti dr (dari), drpd (daripada), kpd (kepada), dgn (dengan), pg (pagi), dan mlm (mlm). 

Adakah penggunaan bahasa SMS akan mempengaruhi perkembangan bahasa Melayu?

~Darah hanyir mengalir dari mulutku~

Tiada ulasan:

Catat Ulasan