Jumlah Paparan Halaman

Mengenai Saya

Khamis, 19 April 2012

(29) Singkatan SMS Baharu Ciptaan Pengguna SMS


 Sempena cuti selama satu hari ini, saya telah menghadiri lawatan ke Taiping, Perak. Pada awal pagi ini, saya telah mendapatkan satu SMS daripada kawan saya. Kandungan mesejnya adalah tentang peringatan untuk menunggu bas di depan Pintu Utama UPSI. Hari ini saya ingin sambung sedikit penulisan tentang bahasa SMS lagi.

 Dalam entri semalam, saya mengatakan bahawa terdapat singkatan standard yang sudah lama digunakan oleh penulis SMS. Pada hari ini, saya ingin menegaskan bahawa terdapat juga singkatan yang terkeluar daripada singkatan am yang sudah diterima sebagai singkatan standard, tetapi dicipta sendiri oleh penulis SMS. Penerima mesej mentafsirkan singkatan itu dari teks mesej berkenaan.

 Lama-kelamaan singkatan itu tersebar kepada pengguna SMS yang lain dan menjadi panduan am bagi semua orang. Misalnya, mkn (makan), mls, (malas), llk (lelaki), krdt (kredit), mrh (marah), nmpk (nampak), sgup (sanggup), sne (sana), dan seumpamanya. Jika diperhatikan contoh-contoh ini, prinsip yang digunakan ialah prinsip tulisan Jawi, iaitu prinsip sistem tulisan sukuan atau silabari. Misalnya, mkn mewakili dua suku kata: m untuk ma, dan kn untuk kan. Bagi nmpk pula, nm mewakili nam, dan pk mewakili pak.

~Darah hanyir mengalir dari mulutku~

Tiada ulasan:

Catat Ulasan