Jumlah Paparan Halaman

Mengenai Saya

Jumaat, 20 April 2012

(30) Singkatan SMS Ala Malaysia



 Di samping penggunaan singkatan SMS, kebanyakan penggunaan bahasa SMS menggambarkan perbualan yang sangat tidak formal antara kawan karib. Dengan itu bahasanya memang tidak formal dari segi jalan bahasa dan juga pilihan kata, dan dalam keadaan ini terdapatlah bahasa rojak. Sebahagian besar daripada unsur asing yang termasuk dalam bahasa SMS adalah daripada bahasa Inggeris, dan dengan itu singkatan bagi kata-kata dalam bahasa Inggeris.

 Ada daripada singkatan ini yang merupakan singkatan ala Malaysia, yang belum tentu difahami oleh penutur bahasa Inggeris di negara-negara lain. Contoh singkatan dalam bahasa Inggeris ialah tenet (internet), skewl (school), tq (thank you), u (you), y (why), ur (your), 4 (for), 2 (too), dan xcited (excited). Di bawah ini merupakan contoh bahasa SMS:

A: perkaba? lama x dengar kbr berite, cam ner ngan studi utk exam? Dah abis ur revision? Doakan smg u berjaya dlm exam…

B: tima kasih… atas ingatan. U skr wat per?

A: cam bese je. Cume ade hobi bru utk reles 10sion. Plhre kucing. Ade 5, seko ilang, seko mati, seko sakit, 2lg chat.

B: len kli mkn panadol 4 ppn gerenti sihat…

A: hai… mlm ni wat per?

B: ada keje wat kat rmh?

A: clannyye… aku xde lak smpai cmtu. Bgs! Wat elok2! Wokey, samat mlm…zzz…z…z

B: samat malam…

~Darah hanyir mengalir dari mulutku~

Tiada ulasan:

Catat Ulasan