Jumlah Paparan Halaman

Mengenai Saya

Khamis, 26 April 2012

(34) Kesantunan Bahasa 4 – Bahasa standard



Sesuatu masyarakat bahasa di mana-mana pun adalah tidak seragam. Ada variasi yang dikenal pasti dengan kawasan tertentu, dan variasi kawasan ini dikenali juga sebagai dialek. Sesuatu bahasa mempunyai sejumlah dialek yang berbeza-beza dilihat dari berbagai-bagai-bagai aspek.

 Dalam kepelbagaian dialek itu, bahasa standard muncul sebagai kelainan yang diterima oleh masyarakat pengguna bahasa berkenaan sebagai milik bersama. Kelainan inilah yang dianggap sebagai wakil bahasa, dalam erti kata jika kita menyebut bahasa Melayu, kelainan yang difikirkan adalah bahasa standard.

 Bahasa standard berbeza dengan dialek bukan pada aspek-aspek asas dalam peraturan bahasa, tetapi pada aspek-aspek asas dalam peraturan bahasa, tetapi pada aspek-aspek tertentu sahaja. Dengan itu, penutur pelbagai dialek dapat memahami bahasa standard. Jika ada yang tidak difahaminya, barangkali kata-kata berkenaan terdiri daripada kata-kata yang canggih yang hanya terdapat dalam sastera tinggi atau bidang-bidang yang bukan biasa dalam kehidupan sehari-hari.

 Dalam variasi kawasan, kita melihat perbezaan antara dialek dan bahasa standard dari segi bunyi dan perbendaharaan kata. Kita dapati bahawa peraturan bahasa dalam aspek-aspek ini adalah sama, cuma pilihan ciri-ciri atau unsur-unsur dalam sesuatu peraturan itulah yang membezakan kelainan berkenaan.

 Perbezaan antara bahasa standard dan dialek juga terdapat dalam situasi bagi penggunaan masing-masing. Bahasa standard digunakan dalam situasi formal, sedangkan dialek digunakan dalam situasi tidak formal, tegasnya sebagai bahasa basahan.

 Sesuatu bahasa standard tidak seragam seluruhnya dalam pengertian bahawa penuturnya mesti bercakap dengan cara yang sama. Sungguhpun dalam bahasa standard adanya peraturan tertentu dalam penyebutan misalnya, tetapi ini tidak bermakna bahasa berkenaan tidak boleh ada variasi. Variasi boleh wujud dengan syarat diterima oleh masyarakat, dan penerimaan variasi ini dapat dilihat dalam penggunaannya dalam situasi formal.

~Darah hanyir mengalir dari mulutku~

Tiada ulasan:

Catat Ulasan