Jumlah Paparan Halaman

10253

Mengenai Saya

Isnin, 30 April 2012

(36) Perancangan Bahasa (1) – Perancangan Taraf Bahasa dan Perancangan Korpus Bahasa



 Perancangan bahasa ialah tindakan yang membawa kepada perubahan dalam aspek-aspek penggunaan bahasa dan juga dalam bahasa itu sendiri, seperti yang dikehendaki oleh masyarakat. Perancangan bahasa boleh dibahagikan kepada perancangan taraf bahasa dan perancangan korpus bahasa.

 Perancangan taraf bahasa melibatkan perancangan yang memberikan taraf kepada bahasa-bahasa yang ada dalam sesuatu negara yang dilihat dari segi peranan bahasa-bahasa itu dalam pengurusan dan pentadbiran negara, dan peranannya dalam kehidupan masyarakat berbilang bahasa. Di Malaysia, perancangan taraf bahasa merupakan satu agenda penting apabila Tanah Melayu mencapai kemerdekaan pada tahun 1957 dari pemerintahan kolonial British. Bahkan tindakan perancangan itu telah pun bermula sebelum kemerdekaan tercapai, dengan penggubalan Perlembagaan Persekutuan 1957 yang dilakukan oleh Suruhanjaya Reid.

 Yang dimaksudkan dengan perancangan korpus bahasa ialah sistem tulisan, ejaan, dan perbendaharaan kata. Perancangan sistem-sistem ini bermakna pemilihan setiap satu sistem yang dianggap paling baik dalam membina bahasa Melayu. Oleh sebab itu, perancangan korpus bahasa dikenali juga sebagai pembinaan bahasa.

~Darah hanyir mengalir dari mulutku~ 

Tiada ulasan:

Catat Ulasan