Pembinaan istilah dalam bahasa Melayu yang betul-betul
terancang baru dimulakan pada tahun 1975, dengan wujudnya Pedoman Umum Pembentukan Istilah Bahasa Malaysia (PUPIBM) yang
diusahakan oleh Malaysia dan Indonesia. Pedoman ini dibentuk dengan adanya Pedoman Ejaan bersama bagi kedua-dua
negara berkenaan. PUPIBM telah
dilancarkan secara serentak di Kuala Lumpur dan Jakarta pada 30 Ogos 1975.
Pedoman pembentukan istilah
adalah sama dari segi kandungan bagi versi Malaysia dan versi Indonesia,
tetapi ada contoh-contoh yang mungkin berbeza. Di Malaysia, pedoman ini
dinamakan Pedoman Umum Pembentukan
Istilah Bahasa Malaysia (PUPIBM), yang kemudian diubah kepada Pedoman Umum Pembentukan Istilah Bahasa Melayu.
Di Indonesia, pedoman ini dinamakan Pedoman
Umum Pembentukan Istilah Bahasa Indonesia. PUPIBM merupakan pedoman yang bersifat umum, yang boleh diterapkan
oleh pelbagai bidang ilmu. Di samping itu, ada bidang ilmu yang memerlukan
pedoman khusus dalam pembentukan istilah, misalnya bidang Kimia dan Agama
Islam. Oleh itu, MBIM sejak awal lagi memberi ruang kepada pembentukan Pedoman Khusus Pembentukan Istilah.
~Darah hanyir mengalir dari mulutku~
Tiada ulasan:
Catat Ulasan